Friday, 27 May 2011

DugaanNya

Hati oh hati..
Telah banyak aku ikotkan kau..
Please jangan wat lagu ni kat aku..
X mampu menahannya lagi =(
Sakit memang sakit ada kala x mampu mencari ubatnya..


Siksa giler dowh huhu

Bergerak!!!

Oh tidak sabar rasanya menunggu aktiviti hari ini bersama Nazirul Naim ker Putrajaya =)
Pasti banyak peluang ilmu serta hiburan yang dinantikan oleh golongan belia.
Aku dapat tahu kemungkinan berduyun-duyun belia akan membanjiri di Putrajaya.
Malam ni pasti penuh kerna ada 1 kumpulan Kpop gilaan gadis-gadis Malaya Super Junior tapi aku x berapa nak minat haha kita layankan jer mana tau tetibe aku dance lah kat situ kan kan kan..

http://www.haribelianegara.org.my/

Bawak camera, baju lebih huhu stay sana campai kul 5 pg kot huhu tgok bola lagi.
Sorry lah geng gua dah bosan tgok kat Munner lepak pon kat situ.
Ajak lepak port lain macam2 alasan yang aku dapat. Terimakasih Kawan.
Hehehehe =p

Saturday, 21 May 2011

Bernafas lebih lancar..

Sudah lama ku rasa..
Lelah penat sakit perit dan derita..
Tiga tahun lebih masanya..
Ku usung sendiri jenazah cinta..

Di mana saja aku berada..
Pabila terlintas atau terdetik persoalan cinta..
Lantas ku mencari yang maha esa..
Berserah segala galanya kerna dia maha berkuasa..

Bukan sekelip mata mendapat pegantinya..
Sakit dihati masih terpahat didada..
Dari pengalaman ku belajar dewasa..
Agar tidak lagi menjadi mangsa..

Kita menentukan masa untuk bercinta..
Tapi ia datang secara tiba-tiba..
Tidak terlintas untuk memaksa..
Ikutkan hati sukar ku percaya..

Perasan kasih dan cinta hak milikNya..
Dipinjam aku buat sementara..
Kau yang dah ku perasan lamanya..
Rupa-rupa hanya didepan mata..

Sebulum ini hati ku hiba..
Dikau hadir dengan bunga-bunga..
Adakah ini Azrai yang gila-gila..
Oh tidak aku dah jatuh cinta..



Terima Kasih Chinta for the cinta...


Psstt: Jalan macam ketam =)

Friday, 20 May 2011

Suatu masa dulu..

=)
As a human (ceh cakap jawa tu) hahaha
Sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan yaa..
Namun ini bukan bererti manusia perlu redha untuk terus kekal melakukan kesilapan..
Kita haruslah ada sifat2 pemaaf dalam diri kita sedangkan Nabi memaafkan umatnya..
Ini kan kita sebagai hamba yang hina disisi Allah tidak memaafkan saudara sesama muslim kita..
Apa yang telah terjadi dan berlaku kt ambil ia sebagai satu iktibar..
Berikan lah dia ruang maaf serta untuk bersama kembali semasa kita masih bernyawa dan jangan menyesal dihari yang mendatang..
Seharusnya kita terima dan harap jangan diulangi kesilapan yang telah dilakukan..
Selebihnya kita biarkan urusan dia dengan Allah dan doakan dia diterima taubatnya oleh Allah yang esa =)
Kita diuji oleh Allah dan apa yang berlaku selama ini mesti ada hikmahnya..
Antara kita yang membuat keputusan berpisah atau dengan kuasaNya yang memisahkan kita..
Fikirlah..

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”


Love and Peace yoo <3



psst: 1 Malaysia 1 Family dan Allah yang 1 =)

Thursday, 19 May 2011

Syukur Alhamdulillah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Penyayang...
Firstly syukur alhamdulillah atas kurniaanNya dari segi rezeki, kesihatan, kehidupan dan banyak lagi tidak boleh dikira limpah kurniaNya selama aku hidup diDuniaNya yang sementara ini..
Sudah lama aku terlintas ingin mulakan balik penulisan Blog (kononnya) hehe
So ibarat budak yg baru belajar =P aku akan share tentang life aku serba sedikit serta tidak lupa juga ilmu2 yang ingit aku share ngan korang2 suma..Aku ni bukan lah seorang yang sempurna didalam Dunia ini tapi sebagai manusia yang penuh dengan pelbagai kelemahan serta kesilapan =) hope so akan jadi yang terbaik sebagai seorang muslim..

Syukur apa yang ada dan hayati lagu ini.. Ambil yang baik sebagai pengajaran yooo =D

Versi anak muda zaman kini..


Versi zaman zaman aku sekolah rendah hehe =D

pstt: Jangan marah-marah ya kalau x suka apa yang akan aku bicarakan bermula dari penulisan yang pertama ini =) pendapat berbeza tapi aku suka berkongsi =)